Thursday, April 21, 2011

seLAma DisiSIMu..



Dedikasi khas untuk dia... aku hasilkan pada 3 September 2010.. selamat membaca...


Mataku mencari kelibat Aishah teman baikku. Sudah semua tempat aku menjenguk namun hampa kerana orang yang dicari masih juga tidak ku jumpa. Tiba-tiba aku teringat hanya satu tempat sahaja lagi belum ku pergi. Ku atur laju kakiku menuju ke sana. Akhirnya bibirku tersenyum apabila tarpandang tulisan PERPUSTAKAAN di hadapan tangga utama bangunan itu.
Setelah meletakkan beg di luar, kakiku terus sahaja melangkah masuk untuk mencari Aishah. Aku berjalan terhenjut-henjut bila melihat temanku itu berada di hadapan rak yang menempatkan buku-buku Pengajian Malaysia. Kerana terlalu asyik meneliti buku di hadapannya, Aishah tidak sedar akan kehadiranku. Timbul perasaan nakal di hati untuk mengusiknya yang suka melatah itu. Dengan senyuman di bibir, aku mencucuk pinggangnya dengan hujung jari telunjuk kananku.
“Oh mak kau!” Akibat terkejut Aishah sedikit terjerit.Mukanya yang putih tiba-tiba merona merah. Malu barangkali. Sambil tersenyum dia mencubit manja lenganku.
“Kau ni kan, kalau tak buat cam tu tak boleh ke? Nasib baik nyawa aku panjang lagi tau. Kalau tak, makan kenduri arwah lah kau.” Aishah kembali memandang buku di tangannya.Aku menjuih mulut ke arahnya.
“Eleh itupun nak marah. Orang gurau jelah.” Aku berpura-pura merajuk. Sengaja mahu mengenakan Aishah.
“Aku tak marah kau la.” Aishah pantas mencubit pipiku. Aku terasa terhibur dengan layanan yang diberikan Aishah kepada ku.
“Ni mesti ada apa-apa ni.Kalau tak,takkan kau cari aku sampai sini. Tapi kan Lia hairan jugak aku kenapa kau cari aku ni? Cakap lah Lia.” Aishah meletakkan kembali buku yang diambilnya tadi ke rak.
“Okey. Aku akan cakap tapi kau jangan marah pulak. Hah sebelum tu jomlah duduk dulu. Penat la berdiri cam ni.” Aishah tersengeh mendengar ayat terakhirku. Lalu dia menarik tangan ku supaya mengikutnya ke tempat yang dia duduk sebelum aku masuk tadi. Di meja itu ku lihat sudah banyak buku yang diambil Aishah untuk dijadikan rujukan. Ah, kawan aku seorang ini memang terkenal dengan sikap rajinnya.
“Apa yang kau nak beritahu aku ni Lia? Saspen tau.” Aishah pantas menggesaku apabila kami duduk di kerusi yang telah disediakan di meja itu.
“Kau janji tau jangan marah aku?” Aku mengangkat jari kelingkingku. Jariku terus disambut jari kelingking Aishah.Aku akhirnya tersenyum.
“Sebenarnya…Aku tak dapat ikut perkhemahan minggu depan la Aishah. Sorry ye. Bukan aku yang tak nak pergi tapi mak aku suruh aku balik la minggu depan. Aku mintak maaf sangat-sangat.” Muka Aishah ku pandang lama. Mencari jawapan di wajah itu. Hatiku lega apabila melihat Aishah tersenyum.
“Tak apalah kalau macam tu. Lagipun bukan kau sengaja tak nak pergi kan? Eh, Lia aku dengar Fitri pun tak pergi tau. Dia cakap dia ada hal mustahak yang perlu dia selesaikan. Entah-entah kau ada rancang sesuatu tak dengan dia. Manalah tau kan.” Entah mengapa mukaku tiba-tiba terasa mengembang. Merah barangkali mukaku.
“Hah. Tu betullah tu. Senyap je.” Aku terasa ingin menutup mulut Aishah dengan sesuatu. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Timbul idea nakal yang boleh mendiamkan Aishah daripada terus menyakatku.
“Kau ni kan Aishah pandai je nak kenakan aku. Kau tu selalu aku nampak dating dengan Zul kat kafe. Tak pula kau sebut ye.” Wajah Aisyah merona merah. Huh baru dia tahu siapa Lia Melisa sebenarnya. Aku akhirnya ketawa melihat gelagat Aisyah yang bagai ayam berak kapur itu.
“Dahla tu. Mana kau tahu ni? Orang kenakan dia, dia kenakan kita pulak.”
“Aku tahu la. Tak payah kau nak sorok dari aku. Aku kan spy. Mestilah tahu hal kau.”
“Banyaklah kau punya spy. Yelah. Yelah. Aku mengaku aku couple dengan Zul. Puas hati awak sekarang cik Lia Melisa.”
“Buat pengetahuan cik Aisyah Umairah. Saya tak akan berpuas hati selagi awak tak kahwin dengan Zul.” Sengaja aku ingin terus menyakat Aisyah.
“Lia.. kau nikan ada-ada jelah. Dah la tu. Malu aku tau.”
“Okey lah Aisyah, aku ada hal sikit ni. Hah baca buku tu. Jangan asyik ingat pakwe je tau.” Cepat-cepat aku berdiri dan terus berlari keluar sebelum Aisyah sempat membalingku dengan buku notanya yang tebal dua inci itu. Aku berpaling ke arah Aisyah semula apabila mendengar namaku dipanggil.
“Apahal kau panggil aku Aisyah?” soalku.
“Tak ada apa-apa lah. Cuma aku nak cakap malam ni kita makan sama ye. Lama dah aku tak keluar makan dengan kau. Bolehlah ye?”
“Emm.. bolehlah tu. Zul macam mana pulak? Dia tak marah ke aku keluar makan dengan kau nanti?” aku menyoalnya sambil tersenyum mesra. Saja aku hendak menyakat Aisyah yang mudah malu itu.
“Apasal pulak dia nak marah kau, Lia. Berani dia marah kau. Alah tak ada hal punyalah kalau aku keluar makan dengan kau. Lagipun dia tahu yang kau kawan baik aku.”
“Kalau macam tu tak apalah. Okey malam ni kita jumpa kat rumah. Lepas tu baru kita pergi makan sama-sama.” Aku menyentuh bahu Aisyah sebelum meneruskan langkahku ke tempat yang sudah lama tidak aku jenguk sejak beberapa hari ini kerana sibuk dengan assignment yang bertimbun-timbun. Dalam masa yang sama juga aku mula memikirkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku kepada diriku. Apa sebenarnya yang ingin mama beritahuku nanti. Ah! Aku buntu kini. Biarlah apa pun yang mama beritahu nanti, asalkan aku dapat menerimanya dengan tenang.

...................................................................................

Aku melangkah masuk ke dalam kedai An-Nur yang ku perhatikan sejak tadi. Lama sudah rasanya aku tidak datang ke situ. Kakiku terus melangkah ke arah rak yang menempatkan koleksi-koleksi novel lama dan terkini. Pelbagai terbitan telah ditempatkan di situ. Aku terus memerhati satu persatu novel yang kini telah berada dihadapanku. Bibirku akhirnya tersenyum apabila terlihat sebuah novel yang kelihatan menarik minatku. Tanganku mencapai novel itu dengan cermat. Hampir terlepas novel itu dari tanganku apabila terdengar seseorang berdehem agak dekat dengan telingaku. Aku menghadiahkan jelingan tajam ke arah orang yang sedang berada di belakangku. Hampir sekali sehingga aku dapat menghidu bau minyak wanginya yang bagiku amat memeningkan kepalaku ini.
“Awak ni kan. Tak boleh tengok saya senang sikit ke? Mana saja saya pergi mesti awak ada. Menyampah betul la.” Aku sekali lagi menjeling tajam ke arah lelaki itu. Meluat melihat gelagatnya yang asyik tersenyum ke arahku itu.
“Itulah yang dikatakan jodoh. Maknanya kita berdua ni memang ada jodohlah.” Lelaki yang bernama Amirul itu tersengih-sengih macam kerang busuk ke arahku. Ketika itu mahu saja aku menampar-nampar mulut Amirul yang bagai mulut tempayan itu.
“Meluatlah tengok awak ni. Tolong jangan ganggu saya lagi boleh tak? Awak ni tak penat ke hah. Dah tak ada kerja lain ke?” Aku semakin rimas apabila melihat senyumannya yang makin melebar itu. Memang tidak dapat dinafikan Amirul memang memiliki wajah yang agak kacak. Tetapi kalau hatiku menyampah melihatnya, tiada apa yang dapat menyuruhku mengiakan kebenaran tersebut.
“Kenapa Lia susah sangat nak terima Amirul. Apa Amirul ni tak cukup kacak ke di mata Lia. Jangan bagitau yang Lia dah ada kekasih hati.” Wajah Amirul berubah mendung dengan tiba-tiba.
“Kenapa kalau saya ada kekasih hati? Bukan saya ganggu awak pun. Dan awak kena ingat satu perkara yang saya tak pernah sekalipun suka kat awak. Eh! Awak masih tak cukup ke dengan girlfriend awak yang keliling pinggang tu. Awak ni memang buaya darat tau. Saya benci dengan orang macam awak ni. Saya ulang sekali lagi supaya awak jelas. BENCI.” Kalau tak faham lagi tak tau lah. Memang kulit muka dia pakai kulit biawak agaknya. Bisikku di dalam hati. Ketika itu jelas dimataku wajah Amirul yang sawo matang itu berubah merah. Marah barangkali mendengar penjelasanku mengenai dirinya. Lantaklah. Peduli apa aku. Dah memang dia tu yang tak faham bahasa, siapa suruh. Hah, rasakanlah penangan Lia Melisa. Aku tersenyum sinis melihat wajah merah padam Amirul.
“Eh! Lia. Kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan biarkan kau lepas ke tangan orang lain. Kalau aku tak dapat maknanya lelaki lain pun tak akan dapat kau. Aku bersumpah kau akan menyesal sebab tolak aku macam ni.” Wajahnya bertambah menyeramkan. Tanpa menunggu lama lagi, aku pantas melangkah pergi meninggalkan Amirul dengan perasaan yang entah aku sendiri pun tidak mengerti. Takut pula bila difikirkan amaran Amirul tadi. Aku terus mendapatkan keretaku yang diparking di hadapan kedai tersebut. Aku lantas memandu pulang ke kolej kediamanku yang tidak jauh dari situ. Tidak sabar hendak berkongsi ceritaku dengan Aisyah, kawanku.

...................................................................................

“Kau jaga-jaga dengan Amirul tu, Lia. Aku takut dia akan buat apa-apa kat kau nanti. Lelaki macam dia tu bukannya boleh percaya sangat. Kau hati-hati tau, Lia.” Itulah ayat pertama yang ku dengar dari mulut Aisyah apabila habis sahaja aku menceritakan kejadian yang berlaku di kedai buku tadi. Aisyah memang seorang kawan yang baik. Aku sangat gembira jika bersama Aisyah. Aisyah seindah namanya. Ya Aisyah Umairah memang nama yang indah.
“Kau jangan lah risau, Aisyah. Aku janji akan jaga diri baik-baik. Kau janganlah risau ye. Em.. esok aku balik rumah tau. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi. Nanti kau pergi berkhemah tu, jaga diri elok-elok tau. Kau tu dah la lemah lembut. Masuk pulak hutan belantara macam tu, kena lebih hati-hati.” Aku tersenyum ke arah Aisyah sambil menyentuh bahunya lembut.
“Jangan cakap macam tu tau. Lembut bukan sebarang lembut. Kau cuba hayati kisah Sumayyah. Tangan yang lembut boleh menggoncang dunia tau.” Aisyah menjuih sedikit mulutnya ke arah ku. Aku akhirnya tergelak kecil melihat gelagat kawanku yang seorang itu.
“Baiklah, ustazah. Saya faham.” Bilik itu kembali riuh dengan ketawa ku yang disambut dengan ketawa Aisyah. Terima kasih kerana sudi menjadi penyeri hidupku, teman. Aku sekali lagi tersenyum melihat Aisyah yang masih lagi ketawa dengan sekali-kali jarinya mengesat air mata yang merebes keluar dari matanya kerana terlalu asyik ketawa.

....................................................................................

Setelah hampir setengah jam perjalanan dari Shah Alam, aku akhirnya tiba di rumahku. Halaman rumahku yang sedikit berubah membuatkan aku tersenyum sendiri. Memang emak sangat suka mengubah landskap di kawasan halaman rumah. Sudah menjadi hobi emak. Maklumlah suri rumah sepenuh masa. Kakiku melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum. Mak, Lia dah balik ni.” Sebentar kemudian kedengaran suara emak menyahut dari dalam. Aku akhirnya tersenyum melihat emak yang berlari-lari anak ke arahku. Comel pulak apabila melihat emakku yang setinggi bahuku itu berlari bagai anak kecil.
“Lah. Kenapa tak telefon dulu. Mak belum masak lagi ni.” Aku pantas menyalami tangan emak. Ku kucup penuh tertib tangan yang selama ini membesarkan aku dengan penuh kasih sayang itu. Pipiku dicium emak bertubi-tubi bagai setahun tidak berjumpa dengan ku.
“Mak. Ayah, abang Farid dengan Farah mana mak?” Soalku sebaik sahaja melangkah ke ruang tamu rumahku. Sunyi apabila tidak mendengar suara satu-satunya adikku itu.
“Ayah Lia biasalah. Pergi tengok kolam ikan dia lah. Abang Farid kat chalet tepi laut tu. Adik Lia tu pulak pergi rumah Mak Su Laila. Nak makan buah langsat katanya. Nanti kalau Lia nak makan buah langsat bolehlah pergi rumah maksu tu. Sebelum tu tolong mak sediakan makan tengah hari dulu tau.”
“Baiklah mak.” Niatku untuk bertanyakan tentang perkara yang emak ingin beritahuku itu terus terbantut. Ah! Malam ni kan boleh tanya. Bisikku di dalam hati. Aku terus berlari naik ke bilik untuk meletakkan beg pakaian ku. Sambil kepalaku masih lagi memikirkan apalah yang ingin diberitahu emak kepadaku nanti. Pening kepalaku memikirkan tentang hal itu.

...................................................................................

Mataku tiba-tiba hilang rasa mengantuk yang ditahan sebelum makan malam tadi. Semua gara-gara satu berita yang baru sahaja diberitahu oleh emak dan ayah kepadaku tadi. Tetapi aku tidak terasa ingin marah kepada mereka. Yang membuatkan aku marah ialah Fitri. Yang dia gatal-gatal hantar rombongan meminang tu siapa yang suruh. Aku tak sangka gurauan dia minggu lepas benar-benar dimaksudkannya.
“Lia, minggu depan Fitri nak masuk meminang Lia.” Kata-kata Fitri membuatkan aku ketawa besar. Apalah yang mamat sekor ni cakap ni hah.
“Fitri, Fitri sedar tak apa yang Fitri cakap ni. Jangan buat lawak malam-malam ni boleh tak. Dah lah study cepat. Kalau kawan-kawan tanya waktu perbentangan nanti tak boleh jawab pulak.” Entah kenapa aku merasakan bulu tengkukku meremang tiba-tiba.
“Fitri tak bergurau lah. Fitri betul-betul ni. Kita dah lama kawan kan. Tak salah kalau Fitri nak ambil Lia sebagai pasangan hidup Fitri.”
“Tapi Lia tak cintakan Fitri. Hah, macam mana tu?” Aku mula merasakan aku sudah pandai membohongi diriku sendiri. Namun tanpa pengetahuan Fitri jauh di sudut hatiku, terselit rasa sayang dan cinta terhadap dirinya. Kerana menjaga ego sendiri aku sanggup bersikap biasa di hadapannya. Seperti tiada langsung perasaan terhadap dirinya melainkan teman biasa. Pernah sekali Aisyah menegur sikapku yang agak keterlaluan terhadap jejaka dari Johor itu. Apa tidaknya, seringkali Fitri kujadikan tempat melampiaskan marahku. Sepatutnya Fitri kujadikan teman berbicara. Tetapi sebaliknya.
“Tak apa Lia. Asalkan Fitri cintakan Lia dah cukup bagi Fitri.” Fitri terus memujukku. Aku tidak tahu cara apa lagi yang boleh kugunakan untuk menghindari dari Fitri. Tanpa memikirkan perasaan Fitri, aku terus mengangkat punggungku dan terus berlalu dari situ. Tidak sanggup melihat wajah Fitri yang kecewa gara-gara perbuatanku.
Deringan telefon bimbitku telah membuatkan aku tersedar dari lamunan. Melihat sahaja nama yang tertera di skrin telefonku, terus sahaja membuatkan aku gelisah. Lelaki itulah yang telah membuatkan siangku ceria dan malamku indah. Dialah satu-satunya. Ah! Lantaklah. Jatuhlah maruahku kalau aku menjawab panggilannya. Ya Allah! Egonya aku. Patutkah aku membuat seorang insan yang mengaku mencintaiku sebegini rupa. Akhirnya telefon bimbitku berhenti berdering. Seketika kemudian aku mendengar namaku dipanggil abang Farid. Sah. Mesti Fitri telah menelefon telefon rumahku. Habislah. Dengan langkahan yang lemah aku terus sahaja menuruni tangga ke ruang tamu.
“Apasal Fitri call Lia ni?” Balasku sebaik sahaja mendengar suaranya di corong telefon.
“Fitri dengar Lia tak makan tadi sebab dengar berita pertunangan kita. Kenapa Lia seksa diri Lia. Fitri tak nak nanti Lia jatuh sakit sebab Fitri.” Suara lembutnya membuatkan aku terpana seketika. Mesti abang Farid yang cakap ni. Siapa lagi yang agak rapat dengan Fitri selain abang Farid. Abang Farid memang dapat menerima Fitri sejak dari awal perkenalan mereka ketika Aisyah dan Fitri mengikutku ke chalet dulu. Fitri terlalu baik untuk aku.
“Dah tu kenapa buat jugak perkara yang boleh menyakitkan hati Lia. Fitri memang sengaja kan buat macam tu.” Aku tidak menghiraukan mata-mata yang sedang memerhatikanku sejak tadi. Lantaklah. Aku dah malas hendak mengambil pusing lagi. Aku dah letih dengan diri aku sendiri. Tanpa menunggu balasan Fitri aku terus meletakkan ganggang telefon sebelum berlari ke bilikku. Sebenarnya apa yang kau mahu Lia? Aku menyoal diriku sendiri. Aku membenamkan mukaku ke bantal. Aku mesti pergi ke chalet buat sementara waktu untuk menenangkan hati aku yang gelisah ini. Tekadku di dalam hati.

..................................................................................

Sebatang pokok ru yang berada di tepi pantai berhadapan dengan chalet abang Farid dipelukku erat. Fikiranku masih lagi buntu memikirkan pertunanganku dengan Fitri. Hendak tidak hendak aku terpaksa menerimanya demi menjaga hati keluargaku yang amat aku kasihi dan juga kerana menurut kata hati yang begitu meronta-ronta. Angin pantai di hadapan chalet itu memang nyaman, tidak hairanlah ramai pelancong yang mahu menginap di chalet Idaman milik satu-satunya abangku itu. Tapi bila difikirkan marahku terhadap Fitri yang semakin berkurang sejak pagi tadi, membuatkan perasaanku berasa pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja hatiku yang panas sejak semalam menjadi sejuk serta merta. Hairan juga aku memikirkannya.
“Apa adik abang buat sorang-sorang kat sini? Hem..” Bahuku dipeluk erat abang Farid. Aku hanya tersenyum kelat memandang wajah bersihnya. Mataku kembali memandang ke laut. Seperti mahu sahaja aku menjerit meluahkan apa yang terpendam di hatiku ketika itu. Tapi, adakah orang yang akan faham dengan jerikanku nanti. Ah! Semua orang tidak pernah mengambil pusing tentang perasaanku. Betulkah begitu? Habis tu, keluargaku yang selama ini telah memberi galakan dan sokongan kepadaku. Adakah itu tidak cukup untuk membuktikan tingginya kasih sayang mereka kepadaku? Bahkan mereka semua telah banyak berkompromi denganku. Adakah itu masih tidak cukup Lia?
“Lia ni. Orang tanya dia. Muram pulak. Tak cun lah macam ni.” Aku akhirnya tersenyum melihat muka sepuluh sen yang terlihat di wajah abang Farid. Ada sahaja wajahnya yang boleh membuatkan aku ketawa. Masih lagi aku ingat, dua tahun lepas sewaktu aku merajuk kerana emak dan ayah tidak memberitahuku tentang perkahwinan anak mak su Laila yang sulung. Mungkin mereka ada alasan tersendiri kerana ketika itu juga aku sedang menjalani peperiksaan. Sebaik sahaja melihat wajah abang Farid yang sengaja dibuat-buat seperti ikan buntal, terus sahaja hilang rajukku kepada mereka.
“Tak ada apalah. Saja ambil-ambil angin. Nyaman kat sini kan bang? Di kolej tu banyak sangat pencemarannya. Abang ni kat sini kenapa pulak? Dah tak ada kerja dah ke?” Aku menapak ke arah buaian pukat yang diikat pada dahan-dahan pokok ru yang hidup subur di situ. Lama rasanya aku tidak datang ke situ. Kawasan pantai tersebut memang cantik. Dengan warna pasirnya yang putih bersih di tambah lagi dengan keadaan pantainya yang panjang memang dapat mententeramkan perasaan yang berkocak. Berkocak seperti yang aku sedang alami kini. Aku terkejut mendengar abang Farid yang tiba-tiba sahaja ketawa. Kena sampuk agaknya. Bisikku di dalam hati.
“Kenapa abang ni. Kena sampuk ya?” Makin menjadi-jadi ketawanya apabila mendengar kata-kataku. Seketika kemudian dia berhenti dan terus melangkah ke arahku yang sudah berbaring di dalam buaian tersebut.
“Adik abang ni memang pandai berlakon kan? Kenapa tak ambil jurusan teater je kat kampus tu?” Pantas jarinya mencubit pipiku. Aku terus mengaduh kesakitan akibat dicubit tangan kasar milik abang Farid.
“Apa maksud abang?” Aku masih tidak mengerti dengan soalan abangku yang seorang itu. Dia terus duduk di atas pasir berhadapan denganku.
“Hai. Adik abang ni. Belajar tinggi-tinggi, tak kan itu pun tak faham kut? Atau sengaja buat-buat tak faham ni?”
“Abang ni kan. Cakap lah betul-betul. Manalah Lia minat seni-seni lakonan ni. Abang pun tahukan. Sejak kecil lagi Lia tak minat dunia lakonan. Kalau tengok orang berlakon tak apalah.” Aku sedikit tersenyum dengan kata-kataku sendiri.
“Cik adik oi. Maksud abang, pandai Lia sorok perasaan sedih tu dari abang ni. Tapi abang tetap nampak apa yang Lia sorokkan tu. Lia kan adik abang macam Farah jugak. Farah pun macam Lia jugak selalu pendam masalah sorang-sorang. Dia pun selalu datang sini kalau dia ada masalah. Sama saja macam kakak dia. Nasib baik korang dapat abang yang memahami macam abang ni tau. Kalau tak. Tak tahulah apa nak jadi dengan korang berdua ni. Tulah orang perempuan suka sangat pendam perasaan. Kalau jadi pekasam boleh makan tak apa. Ni tak, nak sentuh pun takut tau. Lepas tu bila malam. Masuk bilik menangis sorang-sorang.” Panjang lebar syarahan abang Farid kepadaku. Terkebil-kebil juga aku dibuatnya. Aku akhirnya tergelak kecil. Apa tidaknya dah macam mak nenek rupa abang Farid ketika membebel tadi.
“Lia tau lah abang sayang Lia. Sayang Farah. Tapi bang. Lia…” Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku kerana ketika itu perasaan sebak tiba-tiba menyelinap masuk ke hatiku. Abang Farid cepat-cepat berdiri dan menyentuh lembut bahuku. Aku tahu abang Farid amat memahami perasaanku kini.
“Lia. Kalau Lia tak suka dengan pertunangan ni. Baik Lia putuskan je. Abang tak nak kami sekeluarga bahagia, tapi Lia hidup merana. Abang tak nak hidup adik abang hancur kerana keluarga sendiri. Abang tak nak itu semua berlaku pada orang yang abang sayang.”
“Tapi bang. Lia dapat rasakan yang perasaan Lia dah berubah sekarang. Memang Lia akui perasaan Lia pada Fitri tidak lebih sebagai seorang kawan dulu. Tapi sekarang. Dah lain bang. Dah lain. Lia benci ada perasaan macam ni.”
“Maknanya sekarang ni Lia dah mula sukakan Fitri lah ye. Dan adik abang ni sedang dilamun cinta ye? Kenapa tak cakap awal-awal. Tak lah abang risau sangat.”
“Abang ni. Mana ada Lia cakap Lia jatuh cinta dengan Fitri. Lia tak cakap pun kan?”
“Eleh tak nak mengaku pulak dia. Tarik telinga tu kang. Baru tahu. Tapi yang muka Lia merah tu kenapa pulak? Nak kata panas, buaian ni kat tempat teduh.” Aku pantas memegang pipiku. Patutlah rasa sebal semacam je. Eiii… malunya.
“Jadi betul lah kan? Lia cintakan Fitri.” Aku tidak terus menjawab soalan abang Farid. Namun dalam diam aku menghadiahkan senyuman yang mungkin paling manis yang pernah aku ukirkan. Aku akhirnya terdengar ketawa kecil dari mulut abang Farid.
“Call dia tau. Kesian pulak dengar suara dia masa bercakap dengan abang tadi. Ingat tau. Jangan lupa pulak.”
“Abang ni kan. Macam mak nenek tau tak. Malam ni Lia call lah dia. Senang-senang abang jelah yang bercinta dengan Fitri tu.” Kini aku melihat senyuman nakal abang Farid. Tanpa menunggu lebih lama lagi, aku terus berlari meninggalkan abang Farid sebelum dia menarik telingaku. Aku sekali lagi tersenyum sendiri. Ya memang benar sekarang aku sedang dilamun cinta. Yang aku tahu kini nama Fitri telah melekat dihatiku. Begitu kuat perasaanku ini bagai seteguh bukit-bukit yang menghijau di banjaran. Ah! Indahnya cinta. Tapi mahukah Fitri memaafkan aku? Yalah semalam aku menengkingnya bagai musuh. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar seperti yang dibayangkan di mindaku. Hatiku kembali berbunga riang.

...................................................................................

Jantungku terasa ingin berhenti berdegup sebaik sahaja terdengar suara Fitri menjawab salamku. Apa aku nak cakap ni? Bicaraku sendiri. Aku mesti luahkan segalanya malam ni jugak. Kalau ditahan-tahan boleh merana seumur hidup aku dibuatnya. Terasa mahu tergelak pun ada juga. Dengan kekuatan yang masih berbaki dalam diriku, aku terus memulakan bicara yang sejak petang tadi diucapkanku berulang-ulang kali.
“Emm.. Fitri, Lia nak minta maaf sebab Lia dah marah-marah Fitri malam tu. Lia terlalu mengikut kata hati Lia yang marah sangat pada waktu tu. Lia minta maaf okey.” Senyap sahaja. Tidak terdengar sedikit pun suara daripada jejaka yang kini telah berjaya menakluki hatiku. Hanya kedengaran bunyi enjin kereta yang menderu diperdengaranku. Barangkali dia sedang memandu. Masih marahkah Fitri kepadaku? Tapi kalau dia nak marah aku pun aku akan terima. Siapa yang suruh aku sembunyikan perasaan ini lama-lama. Hah! Sekarang rasakanlah sendiri.
“Fitri marahkan Lia lagi ke? Lia minta maaf okey. Lia sayangkan Fitri. Lia cintakan Fitri.” Aku tidak mahu lagi membohongi perasaanku terhadap Fitri. Biarlah aku berterus-terang tentang perasaanku terhadapnya. Malu? Biarlah. Aku tidak peduli lagi kini. Apa yang aku mahu hanyalah dia tahu semuanya malam ini.
“Dahla Lia. Fitri tahu. Lia bukannya cintakan Fitri pun kan. Lia terima pertunangan tu sebab nak jaga air muka keluarga aje kan?” Kata-kata Fitri terlalu menusuk ke hatiku. Sedih. Nada suaranya menggambarkan betapa kecewanya dia dengan sikapku selama ini.
“Fitri masih marahkan Lia ke? Sorrylah. Lia mengaku, Lia teruk sangat malam tu. Sorry okey.” Aku masih lagi terus memujuknya. Aku kini terlalu rindukan gelak ketawanya yang dulu. Gelak ketawa yang mengeratkan hubungan kami sehingga menjadi sahabat baik dan kini menjadi tunangan.
“Dah la Lia. Lupakan ajelah. Okeylah. Fitri sibuk ni. Bye.” Talian telefon terus sahaja dimatikan. Keadaan itu membuatkan aku tersentak seketika. Adakah perasaannya telah terguris dengan perangaiku malam itu. Nampak sangat Fitri kini sudah mula membenci aku. Kenapa terlalu lewat hatiku ini mengakui mencintainya. Kenapa tidak dulu. Ketika kami sudah mula akrab. Kenapa? Air mataku merembes keluar dari tubir mata tanpa ku sedari. Baru ku sedar rupa-rupanya dialah insan yang paling aku cintai kini. Tapi semuanya sekarang sudah terlambat. Aku menghampiri tingkap chalet yang berada dihadapanku. Kebetulan bilik yang memang dikhaskan untukku jika aku ingin menginap di situ, menghadap ke laut. Cahaya bulan yang agak cerah memperlihatkan kilauan air laut yang sedikit menyentuh naluriku. Aku menyapu air mata yang masih mengalir di pipiku.
“Fitri. Lia sayangkan Fitri. Percayalah. Lia betul-betul sayangkan Fitri.” Aku terus terduduk di tepi tingkap itu. Terasa lemah seluruh urat sarafku. Hanya kerana seorang insan yang bernama Fitri Najmi. Aku merenung cincin pertunangan yang tersarung di jariku. Terbayang wajah Fitri yang dihiasi lesung pipit setiap kali tersenyum kepadaku. Adakah semua itu akan menjadi kenangan terakhir Fitri kepadaku? Hanya tuhan yang tahu perasaanku saat ini. Ya Allah, bantulah aku untuk mencapai kebahagiaanku ini, ya Allah. Air mataku masih tidak mahu berhenti. Mungkin ia juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpaku. Fitri. Nama itu masih menguasai mindaku. Terlalu berkuasakah nama itu sehingga membuatkan aku menjadi sang pencinta seperti ini. Aku terus memeluk kedua-dua lututku sebelum membenamkan mukaku ke situ. Begitu mahalkah bahagia untukku miliki? Persoalan itu ku biarkan bermain-main sendirian di mindaku.

...................................................................................

“Dah pukul berapa ni?” Aku baru tersedar daripada tidur ketika jam mejaku berbunyi. Jam yang telah dihadiahkan oleh Farah mesti kubawa ke mana sahaja aku pergi itu menunjukkan pukul 7.00 pagi. Mujur hari ini aku cuti. Kalau tidak alamatnya subuh gajahlah aku hari ni. Aku memicit-micit kepalaku yang tiba-tiba terasa berdenyut-denyut. Mungkin kerana terlalu banyak menangis semalam. Biarlah. Yang pasti hari ini aku akan tempuhi dengan tenang. Biarpun hatiku ini asyik teringatkan pada Fitri namun aku perlu menstabilkan diriku semula. Aku mesti menjadi seperti Lia Melisa yang seceria dahulu. Aku mesti. Janjiku di dalam hati.
“Macam mana nak pergi restoran ni. Kalau abang Farid nampak mata aku yang bengkak ni, nanti berbakul pulak soalan yang dia akan tanya aku. Makin pening aku nak jawab semua soalan dia tu. Emm.. macam mana ya?” Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu.
“Jujur je lah kalau dia tanya nanti. Tak lah dia suruh aku jadi pelakon pulak nanti. First, kena mandi dululah.” Aku terus menapak ke arah bilik mandi. Selepas mandi aku terus mengenakan T-shirt lengan panjang berwarna biru muda kegemaranku dengan seluar jean berwarna putih. Rambutku pula dibiarkan bebas tanpa mengikatnya dengan getah. Biarlah hari ini dia juga bebas sepertiku. Setelah siap mengenakan make up yang ala kadar, aku terus keluar dari bilik untuk menuju ke restoran yang memang terdapat di chalet itu.
Aku tidak melalui jalan yang telah disediakan sebaliknya aku menyusuri jalan pantai yang amat nyaman pada waktu pagi seperti itu. Rambutku beterbangan menutupi wajah mulusku. Mataku juga tidak terlepas daripada melihat gelagat beberapa pelancong dari Eropah yang sedang bermain-main dengan anak mereka. Terdapat beberapa buah istana pasir yang sudah siap dibina mereka. Aku ketawa kecil melihat salah satu daripada istana pasir yang telah terbina itu. Apa tidaknya, bentuknya hampir sama seperti bangunan yang terkenal di dunia iaitu Taj Mahal. Kreatifnya. Tegasku. Walaupun menaranya tidak berapa menjadi, namun semua orang pasti dapat mengagak bangunan apakah yang telah dibina dari pasir itu. Manusia boleh melakukan apa sahaja yang dia inginkan jika dia berusaha bersungguh-sungguh. Bisikku di dalam hati. Beberapa minit kemudian aku tiba di restoran yang tidak jauh daripada pantai tempat terbinanya istana-istana pasir yang ku lihat tadi.
Aku hanya memesan nasi goreng kampung dengan air teh O panas. Sambil menunggu sarapan yang ku pesan tiba, aku kembali melihat gelagat anak-anak pelancong Eropah yang masih leka bermain dengan pasir-pasir pantai dan ada juga yang bermain digigi air laut bersama ibu mereka. Ah! Bahagianya. Tetapi layakkah aku mengecapi kebahagiaan seperti mereka. Fitri masih marahkan aku agaknya. Sebab tulah sampai sekarang dia tak telefon aku pun. Lamunanku terhenti apabila hidangan yang dipesanku tadi telah sampai di mejaku. Aku terus sahaja memerhatikan nasi goreng yang sudah terhidang di atas meja di hadapanku. Kalau Fitri ada bersama-sama aku sekarang alangkah bahagianya.
“Sorang je ke?” Aku sedikit terkejut mendengar pertanyaan itu. Aku merasakan yang diriku ini bagaikan ahli sihir. Yang dapat menyeru nama dan juga tuannya sekali. Namun jauh disudut hatiku, aku terasa bahagia sekali. Terasa malu pula untuk memandang wajah yang kini berada dihadapanku. Seketika kemudian aku terasa tanganku disentuh lembut. Bergetar jiwaku dengan sentuhan itu.
“Lia. Fitri minta maaf sebab buat Lia sedih. Fitri tahu Lia sayangkan Fitri. Semalam Fitri bukan tak nak berbual dengan Lia. Kalau boleh setiap saat. Setiap waktu. Fitri hanya mahu mendengar suara Lia sahaja yang singgah di cuping telinga Fitri ni. Semalam Fitri tengah memandulah sayang. Fitri lupa mana Fitri tinggalkan ear phone handphone tu. So Fitri tak dapat nak bual lama-lama dengan Lia. Fitri tak ada niat nak cakap macam tu pada Lia. Fitri rasa bersalah sangat pada Lia. Sorry.” Dia terus menggenggam erat tanganku. Aku akhirnya tersenyum mendengar bicaranya.
“It’s okey. Lagipun Fitri tak salah pun. Lia yang salah. Sebab selama ni, Lia tak pernah nak hiraukan perasaan Fitri. Lia terlalu pentingkan diri sendiri.” Aku menyentuh tangannya yang diletakkan di atas tanganku. Kami saling berbalas senyum. Bahagianya. Bisikku di dalam hati.
“Macam mana Fitri boleh tahu yang Lia ada kat sini. Mesti abang Farid yang cakap ni kan?”
“Of course lah. Abang Farid kan spy Fitri.” Dia mengejitkan mata kirinya kepadaku.
“Patutlah selama ni, apa yang Lia buat semua Fitri tahu. Pasang spy rupa-rupanya.” Aku menghirup sedikit air teh O yang sudah sejuk itu.
“Aik. Makan sorang je. Fitri punya mana?”
“Order lah sendiri. Tak kan itu pun tak tahu kut?” Dia tergelak kecil mendengar kata-kataku.
“Alah. Macam mana nak jadi isteri mithali kalau makanan suami pun tak nak orderkan ni.” Dia tersenyum nakal ke arahku.
“Mengada betullah Fitri ni.” Aku terus menjamah nasi goreng yang belum disentuhku sejak tadi. Aku tidak jadi menyuap nasi kemulutku untuk kali kedua apabila Fitri mengangakan mulutnya seperti budak kecil yang hendak disuap makan oleh ibunya.
“Eii.. Fitri ni kan macam budak-budak la.” Aku menjeling memandang sekeliling. Malu dengan kelakuan Fitri.
“Alah tak kan nak manja-manja dengan tunang sendiri pun tak boleh kut.” Dia seakan-akan merajuk. Nak suruh pujuklah tu.
“Cepat bukak mulut tu. Lia nak suapkan.” Dia akhirnya tersenyum dengan kata-kataku. Dia mengangkat kedua belah keningnya itu kepadaku.
“Isyy… Fitri ni kan. Nak apa lagi?” Balasku sebaik sahaja aku selesai menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Dia menunjukkan jari telunjuknya ke arahku sambil tersenyum nakal.
“Fitri jangan nak menggatal kat sini. Lia cubit kang baru tahu.”
“Alah Lia ni. Gurau pun tak boleh ke?”
“Boleh. Tapi janganlah gurau terlampau sangat. Gelilah.” Dia ketawa besar mendengar ayat terakhirku. Apa lagilah ni. Tak faham betul aku dengan perangainya yang makin menjadi-jadi itu.
“Okey. Jom kita jalan-jalan kat hujung sana?”
“Kejaplah Lia nak makan dulu. Kalau nak cepat sangat Fitri habiskanlah nasi goreng ni. Boleh?”
“Boleh. Tapi dengan syarat. Lia tolong suapkan ye.” Aku merenungnya lama sambil berfikir.
“Okey. Hah bukak mulut tu cepat.”
“Hah. Macam tu lah sayang.” Aku pantas mencubit lembut tangannya. Sejak bila lah Fitri berubah jadi lelaki miang ni. Aku berbisik di dalam hati kecilku. Dia sekali lagi tertawa dengan kata-kataku. Aku hanya mampu tersenyum dengan gelagatnya. Ya Allah. Aku bersyukur padamu kerana engkau pertemukan aku dengan jejaka ini. Terima kasih ya Allah. Kerana engkau mengizinkan aku mengecapi kebahagiaan ini seperti insan lain. Aku melihat wajah Fitri yang leka memandang cincinnya dijariku. Aku tahu dia juga bahagia seperti yang aku rasa kini. Moga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga akhir hayatku. Amin.

..................................................................................

Aku masih gelisah di tempat dudukku. Sudah tiga jam berlalu. Namun Fitri masih belum keluar dari bilik kecemasan. Hatiku diburu pelbagai persoalan. Siapalah yang tergamak untuk melakukan perbuatan tersebut. Setahuku Fitri tidak mempunyai musuh. Aku kembali merenung pintu bilik kecemasan di hadapanku. Di sebelahku mak sedang berbual dengan ibu Fitri. Ayahku dan ayah Fitri pula telah pergi ke balai polis dengan abang Farid untuk membuat laporan polis tentang kejadian yang telah menimpa Fitri.
“Lia. Sabar ya. Semua ni sudah ketentuan dari Tuhan. Dia nak uji sejauh mana kesabaran Lia dan kami semua.” Pujuk ibu Fitri dengan penuh lemah lembut.
“Ibu. Kalau Lia ikut tadi. Mesti tak akan jadi macam ni kan? Semua salah Lia.” Air mataku mula menitis ke pipi mulusku. Mak mengurut belakangku. Aku pantas memeluk tubuhnya. Sebentar kemudian aku mendengar suara abang Farid memberi salam.
“Lia. Janganlah sedih macam ni. Abang tak nak adik abang murung macam ni. Lia dah makan belum ni?” Aku hanya menggelengkan kepalaku bagi membalas pertanyaan abang Farid. Aku mendengar keluhan kecil dari mulutnya.
“Lia. Jom abang temankan Lia makan. Adik abang ni tentu lapar kan?” Abang Farid memegang pergelangan tangan kananku erat. Aku terus menggelengkan kepalaku tanda tidak setuju dengan cadangannya itu.
“Kenapa ni Lia? Nanti perut Lia masuk angin macam mana? Kan susah nanti.”
“Lia tak nak pergi abang. Nanti Fitri keluar macam mana? Lia nak tengok senyuman dia. Lia nak dengar suara Fitri, ketawa Fitri. Boleh kan abang?” Abang Farid terus sahaja memelukku erat. Aku dapat merasakan yang dia tahu aku sedang tertekan. Aku tahu itu.
“Adik. Jangan macam ni ya. Nanti Fitri marah abang pulak. Sebab tak jaga Lia baik-baik. Habis gaji abang kena potong nanti.” Aku tersenyum dengan kata-kata abang Farid.
“Kita pergi makan ya dik? Mak dengan mak cik kan ada. Boleh tunggu Fitri kat sini.”
“Ya lah Lia. Pergilah makan dulu. Isi perut tu dulu. Hah Farid. Mana ayah dengan pak cik kau?”
“Diaorang suruh Farid balik dulu, mak. Suruh tengokkan budak nakal sorang ni.” Aku pantas mencubit lengan abang Farid. Malu aku dituduh sebagai budak nakal. Apalah abang ni. Bisikku di dalam hati. Kemudian aku berlalu ke kantin dengan abang Farid. Aku berdoa di dalam hati supaya Fitri selamat.

...................................................................................

Sudah dua minggu Fitri menghuni katil itu. Masih seperti hari-hari sebelum ini. Matanya masih terpejam. Rapat. Aku terasa rindu untuk mendengar suaranya, ketawanya, gurauannya dan semua yang pernah dia buat untukku dulu. Mataku masih lagi tertumpu kepadanya. Aku masih ingat lagi. Doktor memberitahuku bahawa Fitri berisiko mengalami amnesia ataupun hilang ingatan. Hal ini kerana menurut doktor yang merawat Fitri, kecederaan yang dialami di belakang kepalanya agak serius. Penjelasan itu membuatkan duniaku kelam tiba-tiba. Aku membayangkan bagaimana hidupku tanpa Fitri. Aku tidak dapat meneruskan hidupku jika Fitri tidak bersama-samaku.
Aku memeluk erat tubuh lelaki di hadapanku itu. Kepalaku aku letakkan di dadanya. Sehingga aku dapat mendengar denyutan jantungnya. Air mataku tidak henti-henti mengalir. Akhirnya aku terus hanyut di dalam duniaku. Aku pasrah jika aku perlu memulakan kembali hubunganku dengan Fitri. Biarlah aku berkorban. Aku rela demi Fitri.

...................................................................................

Aku membuka perlahan pintu bilik yang dihuni oleh Fitri. Kakiku diatur menghampiri katilnya. Raga yang berisi buah yang ku bawa, aku letakkan di atas meja bersebelahan katilnya. Aku tersenyum melihat Fitri yang masih belum sedar lagi. Aku suka sekali melihat wajahnya yang bersih itu. Hatiku akan tenang apabila melihat wajahnya. Doktor memberitahu keadaan Fitri semakin stabil. Ya Allah. Cepatlah kau sedarkan tunang aku ini. Aku rindu hendak mendengar suaranya. Aku terus sahaja memegang tangannya. Ku usap-usap tangan itu. Tiba-tiba aku dapat rasakan jari-jarinya bergerak. Aku terus sahaja memanggil doktor yang merawatnya. Ya Allah. Terima kasih kerana menyembuhkan Fitri.

...................................................................................

Aku masih membisu di balkoni bilikku. Apa yang ku alami hari ini amat mengejutkan ku. Ternyata, betullah apa yang telah dijangkakan oleh doktor. Fitri mengalami amnesia. Dia tidak mengingati siapa aku. Hatiku sebak mengenangkannya. Aku mengesat air mata yang masih berbaki di pipiku.
“Lia. Sabar ya. Ini semua ujian dari Tuhan. Fitri mesti akan sembuh nanti. Percayalah cakap abang.” Walaupun sedikit terkejut dengan suara abang Farid yang memecah kesunyian secara tiba-tiba itu, namun aku masih mampu menghadiahkan senyuman ke arahnya.
“Abang. Lia tak sangka semua akan jadi macam ni. Sekelip mata sahaja Lia dipaksa menjadi orang asing dalam hidup Fitri. Lia tak sanggup abang.”
“Lia. Semua ini ada hikmahnya. Tuhan tu Maha Mengetahui, Lia. Abang yakin semuanya akan kembali seperti biasa tak lama lagi.” Aku hanya tersenyum kelat.
“Abang. Fitri bukan demam panas abang. Tapi hilang ingatan. Ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Dia dah tak ingat lagi siapa Lia. Dia dah lupa semuanya abang. Semuanya.”
“Adik. Abang nak adik jadi seorang yang tabah. Cekal hadapi semua ini. Adik abang mesti tabah tau. Sebenarnya abang ada berita nak beritahu Lia ni. Nak dengar tak?”
“Apa dia abang?”
“Yang pertama.” Aku mengerut sedikit dahiku.
“Ada banyak ke beritanya abang?” Soalku.
“Ya lah. Okey. Yang pertama. Polis dah tangkap orang yang pukul Fitri hari tu. Tapi mereka hanya orang upahan sahaja. Polis masih melakukan siasatan. Dalangnya masih belum dapat dicari lagi. Polis sedang mengumpul bukti-bukti yang kukuh supaya dapat menghadapkan mereka semua ke muka pengadilan.” Aku berasa gembira mendengar berita itu. Biar undang-undang sahaja yang menghukum mereka yang bersalah.
“Yang kedua. Tadi abang pergi melawat Fitri. Puas abang perkenalkan diri abang pada dia. Barulah dia mahu berbual dengan abang. Abang kesian tengok keadaan dia tu. Minggu depan dia dah boleh keluar dah. Dan yang paling penting, dia minta maaf pada Lia sebab halau Lia tadi. Dia tak tahu apa yang dia dah buat. Dia nak jumpa Lia. Boleh kan Lia? Pergilah jumpa dia. Mana tahu dia ingat balik nanti.”
“Baiklah abang. Lia akan pergi jumpa dia. Abang tak payah risau tentang Lia ya. Lia okey lah abang.”
“Macam ni lah adik abang.” Aku tersenyum ke arah abang Farid. Namun jauh di sudut hatiku, aku berdoa semoga Fitri kembali menjadi Fitri yang dulu.

.....................................................................................

“Eh! Lia. Kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan biarkan kau lepas ke tangan orang lain. Kalau aku tak dapat maknanya lelaki lain pun tak akan dapat kau. Aku bersumpah kau akan menyesal sebab tolak aku macam ni.” Wajah Amirul yang merah padam itu sekali lagi menerpa ke arah ku. Aku tiba-tiba terjaga dari tidurku. Aku mengurut-urut dadaku.
“Astaghfirullahhal’azim” Aku mengesat peluh yang menitik di dahiku. Sudah beberapa malam aku bermimpikan mimpi yang sama. Adakah Amirul yang menjadi dalang di sebalik semua ini? Aku tertanya-tanya sendiri. Mataku memerhati jam yang terletak di sebelah katilku. Baru pukul 3 pagi. Aku mengeluh sendiri. Lantas ku atur kakiku ke bilik air untuk berwudhuk. Aku ingin melakukan solat hajat untuk menenangkan hatiku yang dilanda gelisah ini. Semoga Allah memakbulkannya.

.....................................................................................

Semuanya berjalan dengan lancar. Fitri sudah dapat menerima aku. Menerimaku sebagai kawan dan juga tunangannya, namun aku cukup bahagia kerana dapat berada di sisinya selalu. Hari ini sudah genap sebulan Fitri keluar dari hospital. Nasib baiklah kejadian itu terjadi selepas kami semua sudah habis final exam. Kalau tidak kesian Fitri kerana terpaksa menangguhkan kuliahnya buat sementara waktu. Hari ini Fitri mengajakku untuk pergi ke tempat yang selalu dia kunjungi sebelum ini. Aku bercadang ingin membawanya ke tasik yang sering dikunjunginya selepas waktu kuliah dahulu. Dia selalu juga membawaku ke sana. Katanya, di situ tenang dan damai. Betullah apa yang dikatakannya. Aku sekali lagi tersenyum apabila mengingati peristiwa yang berlaku pada minggu lepas.
“Lia. Lia janji jangan tinggalkan Fitri. Walau apa pun terjadi, Lia kena selalu ada di sisi Fitri.” Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Fitri berulang-ulang kali mengucapkan kata-kata itu kepadaku. Renungan matanya itu membuatkan jantungku berdegup kencang. Renungan yang sama seperti renungan Fitri sebelum ini. Pada mulanya aku menyangkakan ingatannya telah pulih. Namun tekaanku salah. Dia masih lagi Fitri yang tidak mengingati asal usulnya. Kini hidupku hanya diburu kerisauan. Risau tentang insan yang bernama Fitri Najmi.

.....................................................................................

“Cantikkan tempat ni, Lia. Cantik macam awak jugak kan?” Aku tertunduk malu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fitri.
“Mana ada. Awak ni. Ada-ada saja. Nak sakat Lia lah tu.” Aku sedaya upaya menyembunyikan rasa gugupku. Aku dapat melihat yang dia tengah senyum ke arahku.
“Lia. Lia tunggu sini kejap tau. Fitri nak pergi beli aiskrim. Tunggu ya.” Dia lantas meninggalkan aku sebelum aku memberitahu aiskrim kegemaranku. Tak apalah. Bisik hatiku. Aku akan makan perisa apa pun. Asalkan aiskrim tu Fitri yang beli. Aku tersenyum lagi. Kawasan ini memang cantik. Tetapi pengunjung yang datang ke sini boleh dibilang dengan jari. Hari ini pula langsung tiada pengunjung selain aku dan juga Fitri. Aku kembali memangdang ke tengah tasik yang membiru akibat pantulan warna dari langit yang cerah ketika itu. Beberapa minit kemudian Fitri berlari ke arahku dengan memegang dua batang aiskrim di tangannya.
“Nah. Perisa vanilla khas untuk Lia. Ambillah. Fitri punya pula perisa coklat.” Aku terkejut dengan kata-katanya.
“Fitri. Macam mana Fitri tahu yang Lia suka perisa ni?” Aku dapat melihat mata Fitri yang terkebil-kebil memandang ke arahku. Dia juga seperti terkejut. Sambil itu tangannya membuka balutan plastik aiskrimnya.
“Lia suka perisa vanilla ya? Entahlah. Tadi tiba-tiba saja Fitri rasa Lia memang suka perisa ni. Sebab tu Fitri belikan untuk Lia.”
“Tak apalah kalau macam tu Fitri. Awak ada ingat apa-apa lagi tak tentang saya?” Soalku. Dia merenungku lama. Lalu dia hanya menggelengkan kepalanya. Aku tahu dia juga tidak selesa berada di dalam situasinya sekarang.
“Fitri. Walau apa pun keadaan awak, Lia tetap akan bersama Fitri. Lia tak kan tinggalkan Fitri. Selama-lamanya.”
“Lia.” Dia terus sahaja memegang erat tanganku. Sambil tersenyum dia mengucup tanganku lembut. Belum sempat aku membuka mulut untuk berbicara dengannya, aku dapat melihat dua orang lelaki datang dari arah belakang Fitri, lalu memukul kepalanya.
“Fitri!” Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Kemudian salah seorang daripada mereka menekup mulutku dengan sesuatu. Kepalaku tiba-tiba terasa pening. Dan.

...................................................................................

Mataku masih lagi berpinar-pinar ketika aku terjaga. Aku pantas memandang keadaan sekeliling yang memang asing bagiku. Tetapi yang lebih penting adalah Fitri yang masih tidak sedarkan diri. Puasku memanggil namanya. Namun tiada langsung sahutan daripadanya. Aku tidak mampu untuk menggoyangkan badannya. Apalah yang mampu aku buat lagi selain memandangnya yang diletakkan agak jauh dariku. Namun kami masih di dalam bilik yang sama. Aku tidak mahu berputus asa. Sedaya upaya aku mengesot menghampirinya. Walaupun ikatan pada tangan dan juga kakiku telah menyakitkanku, namun aku kuatkan semangat juga demi Fitri. Sambil itu aku memerhatikan pintu, manalah tahu kalau-kalau penculik yang menculik kami datang semula. Akhirnya aku berjaya juga sampai kepada Fitri. Aku tersenyum puas. Namun aku kembali sebak apabila melihat keadaan Fitri yang sangat menyayat hatiku, apabila melihat luka di kepalanya. Air mataku serta merta mengalir.
“Fitri. Bangunlah. Fitri dengar tak Lia panggil ni. Fitri. Please. Bangunlah. Jangan tinggalkan Lia. Lia takut ni. Bangunlah.” Aku meletakkan kepalaku pada tubuhnya yang sedang terbaring saat itu. Berulang-ulang kali aku memanggil namanya. Aku tersenyum bila melihat matanya bergerak sehinggalah terbuka luas memandang ke arahku. Aku tersenyum ke arahnya.
“Fitri. Awak dah sedar sekarang.” Soalku. Aku melihat dia cuba bangun. Mukanya nampak risau apabila melihat aku cuba mengesat air mataku dengan lenganku.
“Lia. Lia okey tak? Jangan takut. Fitri ada kat sini. Mereka tak kan berani buat apa-apa pada Lia.” Fitri cuba melepaskan ikatan tangannya yang kelihatan agak longgar. Dia akhirnya berjaya melepaskan ikatan tangan dan juga kakinya. Kemudian dia menolong aku membuang ikatan pada tangan dan kakiku pula sehinggalah tangan dan kakiku tidak lagi disakiti tali-tali itu. Aku pantas memeluk tubuhnya. Aku menangis semahu-mahunya di bahu Fitri. Dia mengurut belakangku bagi menenangkanku.
“Lia. Sekarang Fitri rasa Fitri dapat ingat semuanya. Siapa Fitri. Dan yang paling penting, Fitri dapat ingat tentang diri Lia.” Dia lantas menyentuh kedua-dua pipiku.
“Ya Allah. Syukur. Terima kasih, ya Allah.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepadanya. Dia terus sahaja membalas pelukanku. Kami terkejut apabila pintu bilik itu dibuka dari luar. Kemudian masuk seorang lelaki yang amat aku kenali dan yang paling penting adalah insan yang sangat ku benci. Kemudian lelaki itu bertepuk tangan apabila melihat keadaan ku dan juga Fitri.
“Amirul! Apa yang kau nak buat dengan kami ni.” Tengking Fitri. Pantas Amirul ketawa dengan tengkingan itu. Lalu kakinya diatur menuju ke arah kami.
“Wah. Budak amnesia ni. Dah ingat rupanya. Aku ingat kau dah mati. Rupanya masih hidup. Kenapalah nyawa kau ni liat sangat hah? Bagilah peluang untuk aku berdua-duaan dengan cik Lia Melisa aku ni. Kau ni kan memang kacau daun kan?”
“Hei Amirul! Kau langkah mayat aku dulu. Jangan harap kau dapat sentuh walau sehelai pun rambut Lia selagi aku hidup kat dunia ni. Jangan harap.” Aku hanya mampu menangis. Tidak mapu lagi untuk bersuara.
“Oh. Sekarang kau nak jadi pahlawan pulak. Nak jadi Romeo pulak. Eh. Aku peduli apa. Apa yang aku nak, aku mesti dapat. Faham?”
“Amirul. Kau tunggulah bila pihak polis datang nanti. Aku akan pastikan yang kau akan dibawa ke muka pengadilan. Kau tunggu saja lah.” Fitri memelukku seeratnya. Dia seperti tahu keadaanku ketika itu. Kemudian Amirul mengeluarkan sepucuk pistol dari jaket bajunya. Sambil ketawanya yang semakin kuat, dia mengacukan pistol ke arah Fitri.
“Kau ni kan Fitri. Kenapalah tak mati-mati lagi hah? Kalau kau mati, Lia akan jadi milik aku selama-lamanya.”
“Kau ni tak dengar ke apa yang aku cakap. Langkah mayat aku dulu. Aku tak kan biarkan Lia terlepas ke tangan lelaki buaya macam kau.”
“Baiklah. Aku akan ikut syarat kau tu. Sebentar lagi aku akan langkah mayat kau. Deal kan?” Ketawa Amirul kembali bergema di dalam ruangan itu. Fitri memelukku semakin erat. Aku juga begitu. Tidak sanggup untuk menghadapi semua ini. Tiba-tiba aku terdengar bunyi tembakan yang sangat kuat. Aku terus sahaja menjerit.
“Fitri!” Laungku. Namun bukan Fitri yang tertembak. Tetapi Amirul. Beberapa pegawai polis yang berada di belakangnya meluru kearah Amirul dan juga ke arah kami. Fitri mengucup dahiku. Aku menangis di dadanya. Menangis tanda gembira. Gembira kerana Fitri sudah mengingati semuanya dan juga gembira kerana kami sudah terselamat daripada sebarang kecederaan. Berulang-ulang kali aku mengucapkan syukur kepada yang Maha Esa. Hanya dia yang Maha Kuasa di alam semesta ini. Hanya dia. Tiada yang lain. Ya Allah kaulah Tuhanku yang Maha penyayang lagi Maha Pengasih. Amin.

.....................................................................................

“Abang cepatlah. Lambatlah abang ni. Bersiap tu mengalahkan orang perempuan.” Leteran Farah memebuatkan aku tergelak kecil. Aku menggosot perutku yang sudah kelihatan membuncit kini. Kini genaplah lima bulan aku mengandungkan anakku dengan Fitri. Hari ini kami sekeluarga akan ke chalet abang Farid. Namun emak dan ayah tidak pergi bersama kerana mereka sedang menjalankan umrah di Mekah.
“Kejaplah adik. Abang tengah tunggu Kak Ina ni. Adik ni sibuk sajalah. Alah tak jauh pun chalet abang tu. Sabarlah sikit. Macam manalah kalau adik tu ada boyfriend. Mesti boyfriend adik akan fikir yang dia buat kesalahan yang besar sebab couple dengan adik abang ni.” Balas abang Farid yang sudah berada di ruang tamu rumah kami. Abang Farid juga sudah berkahwin. Selepas sebulan aku mendirikan rumah tangga, dia terus sahaja mengikut jejakku. Menurut cerita mak, kak Sabrina adalah kawan abang masa di universiti dahulu. Tapi aku tidak kisah semua itu. Asalkan kak Sabrina dapat bahagiakan abang Farid sudah memadai bagiku. Aku tergelak lagi apabila melihat Farah mengejar abang Farid sehinggakan abangku itu ketawa sambil berlari. Padan muka. Siapa suruh ejek adikku yang sudah terkenal dengan sifat garangnya.
“Sayang. Jom masuk kereta. Abang dah simpan barang-barang kita. Baby. Papa ni. Baby okey tak kat dalam tu. Panas tak? Kalau panas papa pasang kipas ya?” Usik Fitri yang baru masuk ke dalam rumah selepas selesai meletakkan barang kami di dalam kereta. Aku tersenyum lagi.
“Abang. Buat lawak pulak dia. Abang. Dah call Aisyah dah?” Soalku. Namun dia masih leka memegang perutku.
“Dah sayang. Abang dah call tadi. Dia cakap dia terus pergi chalet dengan Zul. Alah Zul kawan abang tu.”
“Oh. Jadi. Zul tu kawan abang ya? Kenapa sayang tahu pun?”
“Ye lah. Dah sayang tak tanya abang. Tak kan abang nak beritahu pulak. Nanti sayang cakap apa pulak kat abang.”
“Ye lah. Jomlah abang.” Aku bangun sebelum memanggil Farah untuk mengikutku keluar. Kalau dibiarkan, makin teruk dia diusik abang Farid. Sebentar kemudian aku melihat kak Sabrina turun dari tangga sambil tersenyum ke arahku. Kak Sabrina memang seorang yang peramah dan juga baik hati. Aku bersyukur kerana dia menjadi penyeri hidup satu-satunya abangku. Ya Allah. Sungguh besar kurniaanmu kepada kami. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur kerana menjadi hambamu. Engkaulah yang Maha Penyayang kerana mengurniakan aku keluarga yang sebahagia ini. Walaupun ujian-Mu acap kali menjengah ke dalam hidup kami, namun kami akan cuba sedaya upaya menghadapinya. Kau kuatkanlah hubungan kami sekeluarga. Ya Allah. Amin. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu suamiku.
“Terima kasih, abang.” Ucapku sambil mencium tangannya.
“Sayang. Abang sayangkan sayang tau. Walaupun apa yang terjadi. Abang akan sentiasa di sisi sayang. Tiada siapa yang dapat pisahkan kita selain Dia.” Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Lalu kereta kami menyusur meninggalkan perkarangan rumah. Menyusur bersama kebahagiaan yang semakin menyemarak di hati kami. Terima kasih Fitri. Percayalah. Aku akan berada di sisimu selama-lamanya. Selama-lamanya.


Tatapanku tak pernah lepas dari dirimu,
walaupun dalam tidurku
selama ku di sisimu, ku ingin kau bahagia
dalam dakapan ku selalu
bagai langit yang tak pernah bertepi
begitupun cintaku padamu

sekian..

No comments:

Post a Comment