Thursday, April 21, 2011

AnDaiNya AdA cINta (^_^)




cerpen ini siap dihasilkan pada 23 Jun 2009.. selamat membaca..


Kakinya terus mengayuh basikal yang selama ini menjadi pembantu yang setia ketika dia menjalankan tugasnya sebagai penghantar surat khabar. Walaupun keluarganya membantah tindakannya itu, namun akhirnya mereka mula menyedari tindakan anak gadis mereka itu bukanlah sesuatu yang melampaui batas. Sekarang genaplah sebulan Anis Syazrah melakukan perkerjaan tersebut. Papanya telah menyuruhnya mengendalikan syarikat majalah yang telah dibina sendiri dengan titik peluh papanya. Namun, pelbagai alasan yang diberikannya. Tetapi yang penting dia hanya mahu merasa seperti yang papanya pernah rasai dahulu. Menjadi budak penghantar surat khabar.
Surat khabar telah pun dihantarnya dari satu rumah ke satu rumah di kawasan perumahan tersebut. Dari awal bulan ketika dia mula-mula menghantar surat khabar-surat khabar tersebut, hanya sebuah rumah sahaja yang tidak melanggan surat khabar yang dibawanya. Maklumlah sekarang ini kan dunia hanya di hujung jari. Buka sahaja internet terus boleh tahu satu dunia. Tetapi dua tiga hari ini, rumah itu mula menerima surat khabar yang diedarkannya.
“Komputer rosak kut.” Bisik Anis sambil tersenyum sendiri. Dia tiba-tiba teringatkan peristiwa surat khabar yang dilemparnya mengenai kepala tuan rumah tersebut. Nasib baiklah dia cepat pergi dari situ. Kalau tidak jenuhlah dia mendengar leteran lelaki tersebut. Muka sahaja kacak tetapi berleter mengalahkan mak nenek. Bisik Anis di dalam hati. Sedar tidak sedar basikalnya berhenti di hadapan rumah tersebut. Buat pertama kalinya matanya meninjau halaman rumah orang. Manalah tahu silap hari bulan terkena lagi kepala mamat tu. Mampus aku. Dia tegelak kecil. Beberapa minit kemudian dia terus berlalu dari situ. Jam tangannya telah menunjukkan pukul 11.30 pagi.
“Baik aku balik rumah sekarang. Lagipun dah habis surat khabar yang aku kena hantar. Boleh jumpa Irfan pulak lepas ni. Lama tak jumpa dia.” Sambil bernyanyi-nyanyi lagu kegemarannya, dia terus mngayuh basikal meninggalkan taman perumahan tersebut. Sampai sahaja di sebuah simpang berhampiran taman perumahan itu, sebuah kereta sport yang dipandu laju telah terlanggar belakang basikal Anis. Akibatnya dia terjatuh ke dalam longkang bersebelahan dengan jalan tersebut. Dengan mata yang berpinar-pinar, Anis ternampak pemandu tersebut keluar dari keretanya dengan tergesa-gesa. Sayup-sayup dia mendengar lelaki tersebut bertanyakan keadaannya. Akhirnya dunia tiba-tiba menjadi kelam.

....................................................................................

Tangannya memegang kepala yang masih terasa berdenyut-denyut. Seketika kemudian dia melihat dirinya kini berada di tempat yang agak asing dengannya. Dia cuba mengingati tempat tersebut, namun tidak sedikit pun petunjuk tempat itu berada di mindanya. Anis tiba-tiba menggelabah apabila dia terlihat gambar lelaki yang terkena balingan surat khabarnya tempoh hari di atas meja di depannya..
“Habislah aku kali ni. Mesti dia nak balas dendam pasal hari tu. Mati aku hari ni.” Anis cuba bangun dari duduknya. Namun tidak berjaya. Baru dia perasan kaki kanannya telah pun dibalut kemas. Dia mengurut-urut kakinya yang terasa sakit itu.
“Jangan urut kuat sangat, nanti makin bengkak pulak kaki awak tu.” Terkejut Anis dibuatnya. Tidak salahlah tekaannya. Memang rumah ini milik lelaki tersebut.
“Awak janganlah takut. Sebelum tu saya nak minta maaf sebab saya terlanggar awak tadi. Sebenarnya saya nak cepat tadi. Tapi salah awak juga kenapa awak kayuh basikal tu tengah jalan. Tahulah guna basikal tak payah ada lesen pun tak apa. Nasib baik luka awak tak teruk sangat, kalau tak. Siap saya nak kena bayar saman mak bapak awak nanti.” Lelaki itu menghampiri Anis yang masih terkejut di sofa.
“Terima kasih sebab tolong saya.” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Anis. Betulkah aku kayuh basikal tengah jalan. Atau mamat ni saja je nak tutup salah dia. Bisik Anis di dalam hatinya. Namun dia cuba bersikap biasa supaya kegugupannya tidak diketahui oleh lelaki dihadapannya itu.
“Nama saya Faizul Irwan. Tetapi awak boleh panggil saya Zul. Nak panggil nama penuh pun boleh jugak. Awak?” Faizul menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Anis.
“Saya Anis Syazrah. Awak panggil Anis dah la. Zul. Kalau Zul tak kisah boleh tak tolong hantar Anis balik sekarang. Mesti mama Anis dah risau kat rumah tu.”
“Boleh. Tapi dengan satu syarat lah.” Faizul tersenyum sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya yang terbentuk elok itu. Anis sedikit gelisah.
“Apa dia syaratnya? Kalau nak kena bayar tambang, Anis okey aje.” Balas Anis sambil memegang kakinya yang sakit itu.
“Ini bukan soal tambang. Kalau Anis nak naik kereta Zul tu tiap-tiap hari pun boleh. Zul tak kisah. Lagi Zul suka adalah. Syaratnya, Anis kena jadi kawan Zul. Macam mana?”
“Kalau macam tu. Okeylah. Anis terima Zul sebagai kawan. Hah. Jomlah hantar Anis balik sekarang.”
“Baiklah tuan puteri.” Faizul memimpin Anis ke keretanya.
“Zul. Basikal Anis macam mana pulak?” Tiba-tiba dia teringatkan basikalnya yang dilanggar oleh Faizul.
“Anis. Nanti Zul belikan basikal lain boleh tak. Basikal tu dah rosak lah.”
“Hah! Rosak.” Seperti hendak terkeluar biji mata Anis mendengarkan penjelasan Faizul.
“Anis. Zul janji akan ganti basikal tu secepat yang mungkin. Okey?”
“Okey. Cepat tau. Nasib baik mood Anis okey hari ni. Kalau tak siaplah Zul.” Akhirnya Faizul tersenyum sehingga membuatkan Anis terasa berdebar-debar. Anis. Jangan Anis. Kau tu dah ada pakwe tau. Dia akhirnya tergelak sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pertemuan singkat itu membuatkan dia menyenangi sikap Faizul yang amat menghormatinya. Dia akan menjadikan persahabatan mereka berkekalan hingga akhir hayatnya.

...................................................................................

“Assalamualaikum.” Anis memulakan bicara di hujung talian.
“Waalaikummussalam.” Akhirnya terdengar juga suara yang amat dirinduinya itu.
“Irfan buat apa tu? Busy lagi ke?” Soal Anis lagi. Kali ini dengan nada yang agak mendatar. Sejak kebelakangan ini Irfan sudah jarang menghubunginya. SMS pun dah jarang.
“Emm… Irfan busy sangat ni. Kejap lagi ada meeting pulak.” Jelas Irfan.
“Oh ya ke? Sorry lah ganggu Irfan je. Dah makan ke? Macam boleh buat kerja kalau tak makan.”
“Mana ada ganggu. Irfan dah makan dengan kawan tadi. Sayang janganlah risau ye.”
“Kalau macam tu tak apalah. Irfan buatlah kerja tu.”
“Okey.” Akhirnya Anis memutuskan talian. Perasaan sedih mula menyelubungi dirinya. Irfan sudah berubah baginya. Sebentar tadi, lelaki itu langsung tidak bertanyakan khabarnya. Entah-entah dia dah ada perempuan lain tak? Eh, tak mungkinlah. Irfan tak kan buat macam tu kat aku. Bicara Anis sendiri.

....................................................................................

Sudah sebulan dia dan Anis berkawan. Dia mula merasakan bibit-bibit cinta mula terbentuk di dalam hatinya. Sejak Tania meninggalkannya, dia banyak menghabiskan masanya dengan bersendirian di rumah. Sehinggalah dia ternampak Anis pada suatu hari. Pelbagai cara dilakukan untuk mengetahui siapa gadis yang berjaya merubah hatinya setelah kekasih lamanya beralih arah kepada jejaka lain. Namun mungkin takdir telah menentukan segalanya. Ketika dia mengikut papanya pergi ke syarikat kawan papanya itu, dia telah mengetahui segala-galanya tentang Anis. Rupa-rupanya lelaki yang menjadi kawan papanya itu ialah ayah kepada gadis itu. semua perkara mengenai kehidupan Anis diketahuinya melalui Datuk Mukris. Termasuklah dengan siapa Anis bercinta. Malah untuk mendekati Anis dia sanggup melakukan pelbagai cara termasuklah sengaja melanggar gadis itu.
“Aku mesti memberitahu segala-galanya kepada Anis. Dia patut tahu perkara sebenarnya. Tentang aku. Tentang Irfan. Dan juga tentang perasaan yang sedang aku rasai sekarang.” Faizul menguak rambutnya yang jatuh di dahi ke belakang kepalanya. Dia nekad kini ingin membongkarkan segala yang ada di hatinya kepada Anis. Gadis itu patut mendapat kebahagiaan yang sepatutnya setimpal dengan sikapnya yang selama ini baik hati dan menghormati orang lain itu.

.....................................................................................

Nada dering yang berbunyi mengejutkan Anis yang sedang asyik memilih tali leher untuk dihadiahkan kepada Irfan sempena hari lahir lelaki itu pada hujung minggu itu. Dia agak terkejut melihat nama Faizul tertera di skrin telefon bimbitnya. Apa tidaknya Faizul tidak akan menghubunginya jika tiada hal penting. Lelaki itu lebih suka menghantar SMS sahaja jika ingin berbual kosong dengannya.
“Assalamualaikum Anis.” Terdengar suara Faizul di hujung talian. Terdapat kelainan pada suara itu.
“Waalaikumussalam. Kenapa Zul call Anis ni? Mesti ada hal penting kan. Kalau tak Zul tak kan call Anis. Zul nak kahwin ke?” Anis tergelak sendiri dengan kata-katanya sebentar tadi. Namun tidak Faizul. Senyap sahaja. Tidak terdengar suaranya di talian. Cuma sekali-kala terdengar keluhan kecil keluar dari mulut lelaki itu.
“Zul. Kenapa ni? Zul ada masalah ke? Kalau ada masalah beritahulah pada Anis. Manalah tahu Anis boleh tolong Zul.” Pujuk Anis apabila masih lagi tidak mendengar suara lelaki yang telah menjadi kawannya hampir sebulan lebih itu.
“Anis kita jumpa hujung minggu ni boleh tak? Zul ada hal penting nak beritahu Anis ni. Boleh tak?” Faizul mula berbicara.
“Sebelum tu Anis nak minta maaf banyak-banyak. Hujung minggu ni Anis ada hal lain lah Zul. Hari ni tak boleh jumpa ke?”
“kalau macam tu tak apalah. Tapi apa-apa pun Zul akan tunggu Anis di taman dekat kawasan reakreasi Bersatu. Okey Zul tunggu kat sana ye? Ingat tau. Jam 8 malam. Assalamualaikum.” Faizul terus sahaja mematikan talian sebaik sahaja memberitahu hal tersebut.
“Zul. Anis belum habis cakap lagi ni.” Namun tiada lagi sahutan yang dapat didengarinya selain bunyi tut..tut.. dan tut. Perkara apa yang penting sangat sampai tak boleh cakap dalam telefon ni saja. Bisik Anis di dalam hati.
“Tak apalah. Kalau macam tu nanti aku jumpalah Zul dulu. Lepas tu baru pergi jumpa Irfan. Lagipun buat apa pergi awal-awal. Tak surprise pulak nanti.” Akhirnya gadis itu tersenyum sendiri. Entahlah tiba-tiba sahaja dia berasa bahagia sekali. Tetapi mungkinkah kebahagiaan yang dia kecapi ini akan berkekalan hingga akhir hayatnya. Dia mula gelisah sendiri.

....................................................................................

Setelah mengenakan gaun yang berwarna ungu yang baru sahaja dibelinya di butik, Anis melihat dirinya dihadapan cermin. Lalu dia turut mengenakan make up yang ala kadar bagi menambahkan lagi seri wajahnya. Dia terfikir-fikir sendiri. Untuk siapa dia berhias sebenarnya? Untuk Zul kah? Dia akhirnya bingung dengan perasaan yang menghantuinya kini. Jatuh cintakah aku? Tapi cinta aku kan hanya untuk Irfan? Jangan merepeklah Anis. Entah-entah kejap lagi Zul nak tunjuk makwe dia kat aku. Bisik Anis di dalam hati. Namun apa yang dia rasa kini amat merimaskan dirinya.
“Cantik jugak aku ni.” Anis berbicara sendiri. Dia melepaskan ikatan rambutnya. Hari ini dia ingin membiarkan rambut ikal mayangnya terbang ditiup angin. Sambil tersenyum-senyum sendiri, dia beredar dari biliknya untuk ke bawah. Sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu, dia melihat papanya sedang membaca buku di situ. Papanya itu memang rajin membaca.
“Papa. Anis dah nak pergi ni.” Anis menghampiri papanya dan dia terus duduk di sebelah papanya. Datuk Mukris yang sedang asyik membaca menutup buku jurnal meletakkan buku yang berada ditangannya itu di atas meja. Lalu dia menatap wajah satu-satunya puteri yang dia ada. Anaknya itu kelihatan cantik dan anggun sekali di matanya.
“Cantik anak papa ni. Nak pergi mana ni? Keluar date ke?” Soalnya sambil membelai rambut anaknya yang melepasi pinggang itu.
“Thanks papa. Anis nak pergi sambut birthday Irfan lah papa. Papa tak nak ikut ke?” Anis meletakkan kepalanya di bahu papanya. Hubungannya dengan Irfan yang hampir dua tahun itu memang sudah diketahui oleh keluarganya.
“Zul macam mana pulak?” Soal Datuk Mukris selamba. Sengaja dia ingin melihat anak gadisnya itu.
“Kenapa papa cakap macam tu pulak? Zul kan kawan Anis.”
“Iyalah. Sayang. Papa bukan nak pertikaikan siapa pilihan sayang. Tapi entahlah papa rasa Zul tu lebih sesuai dengan Anis. Papa rasa Irfan tak dapat nak bahagiakan puteri papa ni macam yang Zul dah lakukan.” Datuk Mukris terus menatap wajah anak kesayangannya itu.
“Apa papa cakap ni. Irfan tu kan boyfriend Anis. Dan Zul tu pulak kawan Anis. Papa ni sakit ye?” Anis tersenyum sambil merasa dahi papanya. Dia tahu papanya sekadar bergurau.
“Papa nak Anis tahu satu perkara. Irfan tu bukan lelaki yang baik sayang. Papa terserempak dengan dia minggu lepas. Masa tu papa keluar makan dengan mama Anis dekat Hotel Angsana. Dia tengah berkepit dengan perempuan mana pun papa tak tahu. Bila dia nampak papa aje, terus dia lepaskan tangan perempuan tu.” Jelas Datuk Mukris.
“Papa silap orang kut. Lagipun minggu lepas Irfan tak ada kat Malaysia lah papa. Dia pergi China. Pelanduk dua serupa kut.” Anis cuba menyenangkan hatinya sendiri. Kalau betullah apa yang diberitahu papanya itu, dia tidak akan memaafkan Irfan buat selama-lamanya kerana telah membohonginya.
“Entahlah. Mungkin betul pelanduk dua serupa. Tapi kenapa dia gelabah je bila nampak papa dengan mama. Kalau dia orang lain, kenapa dia takut tengok papa dengan mama macam orang nampak hantu? Cuba sayang fikir.” Kali ini Anis terasa seperti mahu menjerit. Tetapi ditahannya. Dia yakin yang Irfan seorang yang setia. Dia tahu orang kacak dan bekerjaya macam Irfan itu ramai perempuan yang terkejar-kejar.
“Tak apalah papa. Anis pergi dulu ye. Dah lambat ni. Assalamualaikum.” Dia menyalami tangan papanya sebelum berlalu dari ruang tamu banglo dua tingkat itu. Tidak mahu lagi dia mendengar cerita yang bukan-bukan tentang Irfan. Lalu keretanya dipandu meninggalkan rumahnya.
“Abang dah beritahu Anis?” Soal Datin Mariah sebaik sahaja duduk di sisi suaminya.
“Dah Yah. Tapi anak kita tu macam tak percaya je. Mungkin dia sayang sangat dengan Irfan tu. Apa kita nak buat ni Yah?” Datuk Mukris terdengar isterinya itu mengeluh kecil.
“Kita berdoa ajelah bang. Yah pun tak mahu dia merana bang. Yah sayang dia bang. Kenapa dari dulu lagi kita tak halang dia nak berkawan dengan budak tu. Yah menyesal bang. Yah menyesal.”
“Dah lah tu. Abang pun sayang dia jugak. Dia kan anak kita. Betul kata Yah tu. Kita berdoa ajelah. Serah pada tuhan. Biar tuhan saja yang tunjukkan jalan pada anak kita tu.” Datin Mariah mengangguk mengiakan kata-kata suaminya itu. Dia tahu Anis pasti menemui kebahagiaan yang dicarinya selama ini.

....................................................................................

Kereta Pesonanya diletakkan di tepi kereta milik Faizul. Dia tahu lelaki itu sedang menunggunya. Terkejut dia melihat keindahan malam di taman itu. Lilin-lilin yang berwarna-warni serta bunga-bunga ros turut diletakkan di kiri kanan laluan berjalan kaki di taman itu. Bauan daripada bunga-bunga ros menusuk ke hidungnya.
“Cantiknya. Tak kan Zul buat semua ni? Wah. Nampaknya malam ini merupakan malam yang amat bermakna untuk dia. Atau untuk aku?” Dia terus berjalan sehinggalah melihat sebuah meja yang dihias cantik dengan lilin dan bunga-bungaan. Dia terus menghampiri meja itu.
“Terima kasih kerana sudi datang jumpa Zul. Zul ingatkan Anis tak akan datang.” Anis tersentak apabila suara Faizul tiba-tiba memecah kesunyian taman itu. Anis melihat Faizul turut kemas dengan pakaian kemejanya. Kacaknya. Sempat lagi Anis memuji di dalam hatinya.
“Kan Zul yang nak Anis datang. Mestilah Anis akan datang.” Anis duduk di bangku yang diletakkan di tepi meja itu.
“Cantik Anis malam ni. Anggun sangat. Berdebar Zul bila lihat Anis datang sini tadi. Ingatkan puteri bunian ke apa ke tadi.” Faizul terdengar gadis itu tergelak kecil dengan pujiannya.
“Emm.. thanks. Biasa aje. Kenapa Zul suruh Anis datang sini? Zul cakap ada hal penting. Apa dia? Cakaplah.” Mata gadis itu terus asyik melihat lilin yang diletakkan di atas meja di hadapannya. Hatinya berdebar-debar apabila dia merasakan yang dirinya sedang diperhatikan oleh Faizul.
“Anis sebenarnya Zul nak beritahu Anis sesuatu. Ini soal masa depan kita.” Faizul turut duduk disamping Anis.
“Apa yang Zul cakap ni. Takut Anis dengar tau.” Anis mula gelisah di dalam hatinya.
“Anis. Zul cintakan Anis. Dan Zul nak Anis jadi milik Zul.” Faizul pantas memegang kedua-dua tangan Anis. Anis terkejut dengan pengakuan yang baru sahaja keluar dari mulut Faizul. Dia terus bangun dari duduknya dan menjarakkan dirinya dengan jejaka itu.
“Zul. Anis dah ada kekasih. Dan Anis bahagia dengan dia.” Anis cuba untuk bersikap biasa walaupun jauh disudut hatinya dia mula menyukai jejaka itu.
“Tapi dia tak setia pada awak, Anis. Dia yang rampas kekasih Zul dulu. Dan sampai sekarang dia masih dengan Tania. Dia dah perbodohkan awak. Anis percayalah cakap Zul. Dia tak akan dapat bahagiakan Anis. Terimalah cinta Zul, Anis. Zul janji tak akan mensia-siakan Anis.” Faizul kembali mendapatkan Anis yang berdiri tidak jauh daripadanya.
“Zul. Sudahlah. Anis tahu apa yang terbaik untuk Anis. Dan Zul tak payahlah nak buruk-burukkan Irfan. Dia lelaki yang baik. Sama seperti Zul.”
“Tapi Anis..” Faizul ingin terus memujuk gadis idamannya itu. Namun Anis melepaskan genggaman tangan Faizul. Dia berjalan meninggalkan Faizul. Namun dia kembali menatap wajah lelaki itu.
“Zul. Memang tak dapat Anis nak tipu diri ini. Anis memang menyukai Zul. Kalau kita ada jodoh. Adalah. Kalau tak ada anggaplah kita ini ditakdirkan hanya untuk menjadi kawan hingga akhir hayat ini.” Anis menghadiahkan sebuah senyuman kepada Faizul sebelum kembali berjalan meninggalkan jejaka itu sendirian di taman itu.

....................................................................................

Rumah Irfan kelihatan suram ketika Anis melangkah ke halaman rumah itu. Walaupun pada awalnya dia rasa ingin pulang sahaja, namun niatnya itu terbantut apabila terdengar suara Irfan ketawa di dalam rumah. Dengan hati yang berdebar-debar Anis mengatur kakinya ke arah pintu utama. Untung baginya kerana pintu tidak berkunci. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat sepasang kasut milik perempuan di sebelah kasut Irfan. Dengan perasaan yang bercampur-baur, Anis melangkah masuk ke ruang tamu rumah itu. Air mata gadis itu mengalir juga akhirnya apabila melihat lelaki yang selama ini mengaku setia dan cinta kepadanya rupa-rupanya palsu belaka. Lelaki itu sedang bergurau senda dengan seorang perempuan di ruang itu.
“Irfan! Apa semua ni? Sanggup Irfan buat Anis macam ni. Lelaki penipu!” Irfan yang terkejut dengan sergahan itu, terbangun dari duduknya. Dia bertambah kalut apabila melihat muka merah padam Anis. Buat pertama kalinya dia melihat Anis seperti itu. Anis yang dia kenal sebelum ini seorang yang penyabar dan tenang dalam menghadapi segala cabaran. Tetapi tidak untuk hari ini. Habialah aku kali ni. Bisik Irfan di dalam hati.
“Anis. Irfan boleh jelaskan semua ni. Sebenarnya dia ni kawan Irfan aje. Kami bual-bual kosong je.” Jelas Irfan sambil mara ke arah Anis. Lalu lelaki itu pantas memegang kedua-dua tangan Anis. Dengan senyuman sinis Anis melepaskan pegangan itu. Dia mula merasa jijik diperlakukan begitu. Jijik dengan tangan kotor Irfan. Dia pantas mengesat air mata di pipinya. Dia mengumpul segala kekuatan di dalam dirinya.
“Kawan? Sampai bawak pergi hotel. Pergi China konon. Irfan ingat Anis ni budak-budak? Senang-senang Irfan nak tipu.” Anis pantas mengalihkan pandangannya ke arah perempuan yang sedang berdiri di belakang Irfan.
“Kau perempuan. Dah habis kau kikis Faizul, kau nak kikis jantan ni pulak. Kau ni memang perempuan yang tak tahu malu. Perempuan miang. Kau sanggup jual maruah kau untuk dapatkan kekayaan. Untuk hidup mewah. Aku malu untuk mengaku kau ni kaum sejenis aku. Kau ni layak hidup dengan haiwan yang tinggal atas pokok tu je. Okeylah. Aku rasa korang berdua ni memang sepadan untuk hidup bersama. Hah. Sebelum tu. Nah. Hadiah hari jadi kau.” Anis pantas melempar kotak yang diisi dengan tali leher yang dibelinya ke muka Irfan. Tercengang lelaki itu dibuatnya. Tania juga turut menundukkan mukanya akibat penangan berbisa daripada Anis. Dia terasa dirinya hina sekali setelah dihambur begitu.
“Anggaplah ini sebagai tanda hubungan kita dah berakhir.” Anis terus berlari keluar dari rumah itu. Tidak sanggup lagi untuk dia melihat mereka berdua. Jika imannya tidak dapat ditahan tadi, pasti dicencang Irfan dan Tania. Keretanya terus dipandu meninggalkan halaman rumah Irfan. Hanphonenya yang berbunyi tidak dihiraukan apabila nama Irfan tertera di skrinnya.
“Pergi mampuslah kau. Aku benci lelaki hipokrit macam kau. Aku benci!” Ketika itu air mata terus mengalir sehingga membuatkan Anis terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia menangis semahu-mahunya di situ. Kepalanya diletakkan ke stereng kereta itu. Tiba-tiba dia teringatkan Faizul. Masih menunggukah lelaki itu. Fikirnya di dalam hati. Dia pantas menghidupkan kembali keretanya sebelum memandu ke arah taman rekreasi itu. Dia ingin segera sampai ke sana.

.....................................................................................

Dia membelok keretanya masuk ke taman itu. Hatinya berbunga riang apabila matanya melihat kereta Faizul masih di situ. Dia berlari ke tempat yang menempatkan meja tadi sebaik sahaja keluar daripada keretanya. Dia dapat melihat lilin-lilin yang dipasang mulai habis di makan api. Namun hatinya sekali lagi berdebar-debar sebaik melihat Faizul duduk termenung di meja itu.
“Zul.” Anis pantas berlari mendapatkan lelaki itu. Dia terus memeluk Faizul yang masih kelihatan terkejut dengan kedatangannya. Dia menangis semahu-mahunya di bahu Faizul. Lelaki itu terus membalas pelukannya. Dapat dirasakan kehangatan cinta meresap di dalam diri mereka. Anis bahagia sekali ketika itu.
“Zul. Anis sayangkan Zul. Anis tahu inilah takdirnya hubungan kita. Setelah dikecewakan insan yang kita cintai, Tuhan gantikan cinta kita dengan insan yang lebih sempurna.”
“Terima kasih kerana menerima cinta Zul. Zul janji akan menjaga Anis selagi nyawa menghuni diri ini. Zul tak akan biarkan Anis terluka sedikit pun. Percayalah.” Dia terus membelai rambut ikal mayang Anis.
“Betul apa yang Zul dan papa beritahu Anis tentang Irfan. Dia bukanlah lelaki yang baik.”
“Dah lah sayang. Perkara yang lepas tu tak payahlah nak diingatkan lagi okey. Emm.. Anis. Zul ada satu rahsia nak beritahu Anis ni.”
“Apa dia cakaplah”
“Sebenarnya. Hari tu Zul sengaja langgar basikal Anis. Anis jangan marah ye?” Faizul menundukkan kepalanya merenung rumput yang kelihatan samar-samar di kakinya. Anis mendengus lembut. Lucu pula melihat wajah takut Faizul. Mahu sahaja dia ketawa ketika itu juga. Namun ditahannya.
“Tak apa Zul. Nasib baik kaki Anis aje yang terseliuh hari tu. Kalau mati macam mana?” Dia menyentuh lembut bahu lelaki yang kini mula mendapat tempat di hatinya.
“Kalau Anis mati, Zul akan ikut sama. Buat apa Zul hidup lagi kalau insan yang Zul sayang dah tak ada kat dunia ni.”
“Iyalah tu. Orang lelaki ni kan, memang pandai nak ayat perempuan.”
“Dan orang perempuan pulak cepat sangat percaya dengan janji-janji manis orang lelaki. Betul tak?”
“Oh.. jadi Zul cakap Anis ni mudah tertipu lah ye? Yang Zul tu. Mudah sangat tertipu dengan pujuk rayu si Tania tu. Macam mana pulak?”
“Itu dulu lah. Sekarang cinta Zul hanya untuk bidadari ni sorang je.” Faizul mengucup lembut dahi Anis. Gadis itu tersenyum mesra. Barulah lega hati Anis kerana akhirnya hakikat cintanya ada di sini. Itulah andainya ada cinta antara mereka, Tuhan akan menyatukannya. Akhirnya mereka berdua berjalan seiringan meninggalkan kawasan itu. Ya. Berjalan menuju hari bahagia mereka. Haruman cinta yang makin bercambah di hati mereka akan terus dibiarkan berbunga sehingga berubah menjadi sebuah taman yang indah seperti taman syurga.

Sekian..

No comments:

Post a Comment