Tuesday, May 21, 2013

~aku seorang penglipur lara~

cerita arnab dan kura-kura.. korang mesti dah pernah baca pasal cerita ni kan.. kalau korang belajar KOMSAS tingkatan 4 sekitar tahun 2004, korang mesti ingat kan, kesinambungan cerita perlumbaan arnab dan kura-kura.. novel tu bertajuk PERLUMBAAN KEDUA.. sangat best.. pandai penulis tu mereka cerita sambungan daripada cerita kanak-kanak tu.. kononnya.. di dalam novel PERLUMBAAN KEDUA tersebut, nenek moyang Tuk Kura telah berjaya menewaskan nenek moyang arnab putih.. pelbagai peristiwa menarik berlaku dalam novel tu.. macam2 pengajaran yang kita boleh kutip.. nilai-nilai murni pun banyak jugak... ok.. dah bab tu... berbalik pada kisah arnab dan kura-kura ni... aku teringat masa aku di darjah satu.. masa tu kan baru umur tujuh tahun.. aku dah pandai baca masa umur 6 tahun iaitu masa aku kat pra-sekolah lagi.. jadi masa masuk darjah satu tu.. aku memang gila maca buku teks.. buku teks masa tu jenis buku teks lama.. adalah cerita arnab dan kura-kura dalam tu.. setiap hari aku ulang baca cerita tu.. smpailah aku hafal terus setiap perkataan dalam cerita tersebut.. aku jadi seronok.. nak di jadikan cerita.. satu hari tu, cikgu aku (cikgu amriza) dia suruh kami bercerita dalam kelas sebagai salah satu P&P hari tu.. semua orang bercerita cerita masing-masing.. ada cerita katak.. ada cerita si tudung merah.. ada cerita sang kancil dengan buaya.. ada cerita burung merak dengan gagak.. bila sampai je turn aku.. aku pun pergilah ke depan.. aku tak bawak buku apa pun mcm kawan2 aku.. sbb aku dah hafal dah cerita arnab dan kura-kura aku tadi tu... lepas habis aku bercerita.. cikgu tanya.. mana sumber bacaan kamu hidayah? aku jawab.. dalam buku teks cikgu.. saya dah boleh hafal.. cikgu pun senyum.. aku ingat lagi senyuman dia masa tu.. manis... sejak hari tu.. aku makin suka membaca.. tapi baca buku cerita sajalah.. lepas aku masuk ke tingkatan 4.. aku mula berjinak menulis cerpen.. jadi malam minggu je, aku mula pandai bercerita pada adik-adik junior dan kawan2 aku.. dorang akan dengar pastu komen kat aku.. kebanyakan cerita berkisar pasal cinta remaja yg aku olah dari realiti hidup kita pada zaman milenium skang ni.. apa yang aku tahu.. aku nak sngat jadi seorang penglipur lara pada sesiapa sahaja yang ingin dan sudi mendengar atau membaca celoteh aku yang tak seberapa tu.. hehehe... apa yang penting.. menjadi diri sendiri.. jangan menjadi manusia yang kerap bertopeng walau di mana sahaja dia berada.. adiossss.... sayonara....


No comments:

Post a Comment