Saturday, April 13, 2013

~asramaku syurgaku.. but..~

Assalamualaikum.... today i want to talk about hostel... eceeewahhhhh... awat yg lidah ni nak pi cakap omputih plak dah ni.. ehh... hah.. berbalik pada topik hari ni.. asrama... asrama ada unsur positif dan unsur negatif.. yg mana berpandu pada sikap penghuni sendiri.. jika baik pembawakannya, maka baiklah jadinya.. begitu juga sebaliknya. aku dulu masa sekolah, 7 tahun duk kat asrama... dari form 1 sampai upper six.. korang taulah kan.. kalau sebut saja asrama, comfirm ada sajalah citer misteri bin mistik yg ada kat asrama tu.. aku akuilah.. memang lah seram juga bila sebut pasal asrama ni.. aku pun pernah gak lah tertengok pic yg adik2 junior aku ambik.. dan korang tau.. kat pic tu ada hannnnnn... eeee... aku ingat lagi.. dan masih segar pun.. peristiwa tu berlaku masa aku di tingkatan lima... esoknya cuti hujung minggu.. bilik yg aku duduk tu pulak, selalu jadi tumpuan junior2 yg nak dengar citer cerpen yg aku reka2 sndiri.. masa duk syok bercerita.. sekali ada junior ni lari ke bilik kami... dia jerit.. "semua.. tengok gambar ni.." kami semua pakat tengok lah.. "amboi. sambut bezday x ajak kami pun kan" itu yg kami suarakan sebaik tengok pic tu.. "eh.. bukan yg itu lah. cuba tengok kat tingkap tu. ada nampak tak?" soal adik junior tadi tu. aku pun ambik sekeping gamabar dari beberapa keping tu.. ya Allah.. aku nampak han... pastu kami cuba cantumkan semua gambar tu... tau apa yg kami nampak.. kami nampak.. si hann tu nampak dalam pelbagai posisi.. yg pastinya bermula dengan cuba hampiri tingkap bilik dan menjauh dari tingkap bilik... masa tu kami semua dah meremang bulu roma.. mcm2 andaian yg kami buat untuk sedapkan hati.. kalau difikirkan secara logik. manusia mana yg boleh terapung macam tu.. dah la bilik tu kat tingkat satu.. pastu sangat2 mustahil bagi manusia normal utk panjat koridor belakang bilik tu.. kecuali ada ilmu terapung la.. hemmm.. lepas tu kami semua sepakat utk membuat kesimpulan bahawa, benarlah apa yg terkandung di dalam Al-quran.. Allah menciptakan Manusia dan Jin.. Wallahu a'lam... ^_^


No comments:

Post a Comment